20 Jul 2010

Ceramah Motivasi PMR & SPM

Hari ini 20 Julai 2010 menjadi juruvideo pula untuk ceramah motivasi untuk murid-murid tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM yang mengambil masa lebih kurang 100 hari lebih.Pakar motivasi En. Bada telah mengingatkan semula murid-murid terhadap matlamat mereka datang ke sekolah iaitu ingin berjaya bukan saja di dunia mahupun akhirat terutama murid-murid beragama Islam.Kesimpulan dari ceramah motivasi tersebut ialah murid-murid perlu bertindak pada masa sekarang dan segala kejayaan murid-murid semuanya ditentukan oleh minda murid-murid sendiri.Janganlah murid-murid bersikap malas sekarang kerana kesan kemalasan akan dibawa hingga ke usia tua.

16 Jul 2010

Majlis Mesra Ibu Bapa

Hari ini ada Majlis Mesra Ibu Bapa bagi memberi peluang kepada ibubapa untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan disiplin anak-anak mereka yang selama ini mungkin tidak diketahui oleh ibubapa yang sibuk bekerja.

15 Jul 2010

Pentaksiran PBS KHB-KT

Hari ini pergi ke SMK Kg. Soeharto untuk melakukan pentaksiran KHB-KT.Bertolak awal pagi kerana dah tau kalau bahan yang hendak difotostate maka gurunya terpaksa keluar ke pekan untuk lakukannya maka dah tentu ambil masa. Apa-apa pun dah selesai satu sekolah dan tinggal 4 buah sekolah lagi sebelum tarikh akhir pada 27 Julai 2010.

13 Jul 2010

Ke Kota Bahru Kita Weh

Pada 9 - 11 Julai 2010 beberapa orang guru SMK Ampang Pecah (Bestari) iaitu penulisn,Cikgu Azlan,Cikgu Mat Rahim,Cikgu Khusaini,Cikgu Izelina,Cikgu Sabah,Cikgu Rohaimi,Cikgu Mahadir,Rohani dan En. Halim (?) telah pergi ke Kota Bharu bagi menghadiri majlis perkahwinan Cik Nor Suhana di Kota Bahru.Sambil tu ambil kesempatan ke Rantau Panjang untuk membeli apa yang patut.

7 Jul 2010

Latihan Kebakaran

Hari ini 7 Julai 2010 satu Latihan Kebakaran telah diadakan bermula jam 9.00 pagi.Sebelum itu pada hari Selasa, Cikgu Salmah telah memberi taklimat kepada murid-murid tentang Latihan Kebakaran yang akan diadakan bila-bila dalam minggu ini.Melalui Latihan Kebakaran ini murid-murid boleh bertindak mengikut prosedur yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka apabila berlaku kebakaran.

5 Jul 2010

Pelaksanaan Kerja Kursus KHB-KT



Hari ini 5 Julai 2010 sibuk hendak siapkan kerja kursus KHB-KT untuk kemahiran membaca dan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.Nampaknya murid-murid tekun melaksanakan kerja tersbut.Manakala Cikgu Sabah sedang sibuk siapkan RBT bagi murid-murid perempuan.





Majlis Bacaan Yassin

Hari ini 2 Julai 2010, Majlis Bacaan Yassin diadakan di Laman Ilmu yang diketuai oleh Ustz Hurairoh.Semoga majlis seperti ini akan mengembalikan murid-murid pada akar agama Islam lebih-lebih lagi keadaan sekarang ini terlalu banyak masalah sosial yang melanda anak-anak muda terutama yang beragama Islam.