30 Ogo 2010

Tukang Kayu,Mungkar dan Nakir

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai
adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati
nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."
Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."
Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diuar-uarkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.
Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil esempatan ini untuk menjadi kaya.
Isterinya berkata, Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.
Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat
bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.
Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.
Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.
Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir.
Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.
Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.
Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut
pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.
Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?
Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata
lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir
sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.
Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.
Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.
Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.
Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku
yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya

Petua Imam Al-Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar nabi muhammad (selawat dan salam keatas baginda)adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan amadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 ramadhan..
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

20 Ogo 2010

Buka Kalkulatur dan Mari Mengira

Anda hanya perlu bukak kalkulator handphone.. dan check harga semasa di http://www.publicdinar.com/ & http://www.publicgold.com.my/ sebagai panduan….
Step 1 –
Beli Emas 20gram.. Kalau ikut harga sekarang bernilai RM2,636.00 (30/3/2010 jam 6.00 petang)
Step 2 -
Agro Bank akan memberi 60% daripada harga semasa (**rate semasa Agrobank untuk emas 999.9 adalah RM118/gram).. So kalau kita pajak 20gram akan dapat nilai marhum RM2,360.00.. So nilai pajakan kita dapat adalah kiraan ini (RM2,360 x 60% ) = RM1,416.00
Step 3 -
Dengan baki tersebut kita beli lagi emas 1 Dinar sebanyak 2 keping.. (RM545 x 2 = RM1,090.00) .. So baki di tangan adalah (RM1,416.00 – RM1,090.00) = RM326 baki di tangan….
Step 4 –
Dengan 2 Dinar tadi kita pergi lagi pajak… Untuk emas grade 916, rate agrobank lebih kurang RM108.30/gram jadi 1 dinar beratnya adalah 4.25 gram. So, kiraan adalah (RM108.30 x 8.50gram = RM920.55).. Dengan nilai (RM920.55x 60%) dapat la dlm tangan lebih kurang RM552.33.. so total di tangan RM552.33+RM326 = RM878.33...
Step 5 –
Dengan RM878.33 tadi.. kita beli lagi 1 Dinar.. So baki di tangan tinggal (RM878.33-545) = RM333.33 ringgit... simpan baki wang utk tujuan tebus balik emas..
Step 6 -
Tak perlu gik dah… simpan emas 1 dinar di tangan..Kaedah mengira upah simpan:
1. Untuk emas 20gram.. (0.6 x RM2,360) bahagi 100 = RM14.16 sen SEBULAN.
2. Dua keping emas 1 Dinar.. (0.6 x RM920.55) bahagi 100 = RM5.52 sen
SEBULAN.Tempoh tebus emas pajakan Agrobank adalah 6+3+2 bulan .. TOTAL 11
bulan.. So, dengan andaian kita simpan selama 11 bulan di Agrobank.. Kiraan
perlu ditebus balik adalah:
1. RM1,416 + (RM14.16 x 11 bulan) = RM1,571.762. rm920.55+ (RM5.52 x 11 bulan) =
RM981.27.Totalnya adalah (RM1,571.76 + RM981.27) = RM2553.03.Since kita ada
baki di tangan sebanyak RM333.33 .. (RM2553.03 – RM333.33 = RM2,219.70)**
Maksudnya di sini ialah kita perlu menebus RM2,219.70 untuk tempoh 11
bulan.. Macam mana nak tebus balik dan dapat keuntungan.. Di sini ada dua
cara:
1. Tebus satu-satu dari bawah (tebus 1 Dinar, jual balik).. sehingga kita
menebus 20 gram kemudian jual dengan dealer dan dapat keuntungan..p/s:
setahun emas naik paling kurang 20%…
2. Kaedah kedua saya HIGHLY RECOMMEND.. Ok, jumlah yang kita perlu tebus
adalah RM2,219.70So, utk tempoh 11 bulan tersebut.. kita cuma perlu
simpan (RM2,219.70 bahagi 11 bulan) = RM201.80 sebulan.Jumlah emas yang
kita ada sekarang adalah 1 keping 20 gram & 3 keping 1 Dinar bernilai
lebih kurang RM4,200.00 ..Kita perlu ingat, harga emas naik lebih kurang 20%
setahun… So, RM4,200 x 20% emas kita pada hujung tahun akan mencapai nilai
lebih kurang RM5,040…p/s: Seolah2 anda simpan RM500 sebulan utk tempoh 11
bulan… =)

16 Ogo 2010

Penjualan Barangan Kemas

Pada hari ini 14 Ogos 2010 kali pertama dapat buat jualan barangan kemas Public Jewellery pada rakan kakak di Sepang.Pembeli hanya melawat blog dan terus membuat panggilan.Kali pertama macam tidak percaya tapi bila berbual panjang maka kerana saling percaya dan mempercayai maka berlakulah penjualan barangan kemas (pjb002003-16) di atas.Pembeli hanya tetapkan barangan kemas yang ingin dibeli dan saya hanya menyarankan pembeli log harga yang dikehendaki dan kebetulan harga emas sekitar RM135++ segram.Pembeli terus membuat pembayaran ke akaun Public Fine.Semoga pembeli akan anggun bergaya di pagi raya nanti.

2 Ogo 2010

Berhati-Hati Dengan Pelaburan Emas

60 individu dakwa rugi RM25 juta skim pelaburan emas

GEORGETOWN: Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik, berkata setakat ini polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu."Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000. "Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga."Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran," katanya.Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara bagi menguruskan urusan jual beli emas.Katanya, setakat ini pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roslee turut endedahkan seramai 32 orang kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon."Anggota sindiket berkenaan yang menyamar sebagai pegawai mahkamah, Kastam atau polis akan membuat panggilan dan memalsukan identiti nombor telefon bimbit dengan menggunakan satu laman web di internet yang dikenali sebagai Voice Over Internet Protocol (VOIP)," katanya. Roslee berkata, sindiket itu kemudian menawarkan untuk membantu mangsa yang sedang menghadapi kes jenayah dengan mengenakan sejumlah bayaran yang perlu dimasukkan ke dalam akuan bank tertentu."Sehingga sekarang kita tidak ada jalan penyelesaian berhubung VOIP dan polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan 'orang dalam' kerana mempunyai maklumat mangsa yang menghadapi kes jenayah," katanya dam menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan. Seubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya meneliti sebarang pelaburan dan panggilan telefon bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.Orang ramaiboleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di talian 04-2221591 bagi sebarang pertanyaan berhubung pelaburan atau panggilan telefon yang mencurigakan. - Bernama

Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga meningkat dalam jangka masa panjang emas sentiasa
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun.Yang mana satu lebih untung?Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup.

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan.Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.