2 Ogo 2010

Berhati-Hati Dengan Pelaburan Emas

60 individu dakwa rugi RM25 juta skim pelaburan emas

GEORGETOWN: Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik, berkata setakat ini polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu."Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000. "Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga."Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran," katanya.Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara bagi menguruskan urusan jual beli emas.Katanya, setakat ini pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roslee turut endedahkan seramai 32 orang kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon."Anggota sindiket berkenaan yang menyamar sebagai pegawai mahkamah, Kastam atau polis akan membuat panggilan dan memalsukan identiti nombor telefon bimbit dengan menggunakan satu laman web di internet yang dikenali sebagai Voice Over Internet Protocol (VOIP)," katanya. Roslee berkata, sindiket itu kemudian menawarkan untuk membantu mangsa yang sedang menghadapi kes jenayah dengan mengenakan sejumlah bayaran yang perlu dimasukkan ke dalam akuan bank tertentu."Sehingga sekarang kita tidak ada jalan penyelesaian berhubung VOIP dan polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan 'orang dalam' kerana mempunyai maklumat mangsa yang menghadapi kes jenayah," katanya dam menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan. Seubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya meneliti sebarang pelaburan dan panggilan telefon bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.Orang ramaiboleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di talian 04-2221591 bagi sebarang pertanyaan berhubung pelaburan atau panggilan telefon yang mencurigakan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan