13 Jul 2010
Ke Kota Bahru Kita Weh
Pada 9 - 11 Julai 2010 beberapa orang guru SMK Ampang Pecah (Bestari) iaitu penulisn,Cikgu Azlan,Cikgu Mat Rahim,Cikgu Khusaini,Cikgu Izelina,Cikgu Sabah,Cikgu Rohaimi,Cikgu Mahadir,Rohani dan En. Halim (?) telah pergi ke Kota Bharu bagi menghadiri majlis perkahwinan Cik Nor Suhana di Kota Bahru.Sambil tu ambil kesempatan ke Rantau Panjang untuk membeli apa yang patut.
7 Jul 2010
Latihan Kebakaran
Hari ini 7 Julai 2010 satu Latihan Kebakaran telah diadakan bermula jam 9.00 pagi.Sebelum itu pada hari Selasa, Cikgu Salmah telah memberi taklimat kepada murid-murid tentang Latihan Kebakaran yang akan diadakan bila-bila dalam minggu ini.Melalui Latihan Kebakaran ini murid-murid boleh bertindak mengikut prosedur yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka apabila berlaku kebakaran.
5 Jul 2010
Pelaksanaan Kerja Kursus KHB-KT
Hari ini 5 Julai 2010 sibuk hendak siapkan kerja kursus KHB-KT untuk kemahiran membaca dan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.Nampaknya murid-murid tekun melaksanakan kerja tersbut.Manakala Cikgu Sabah sedang sibuk siapkan RBT bagi murid-murid perempuan.
Majlis Bacaan Yassin
Hari ini 2 Julai 2010, Majlis Bacaan Yassin diadakan di Laman Ilmu yang diketuai oleh Ustz Hurairoh.Semoga majlis seperti ini akan mengembalikan murid-murid pada akar agama Islam lebih-lebih lagi keadaan sekarang ini terlalu banyak masalah sosial yang melanda anak-anak muda terutama yang beragama Islam.
30 Jun 2010
Hari ini 30 Jun 2010 ada aktiviti koko seperti biasa - unit beruniform dan sukan/permainan.Awal pagi ada 2 waktu (Pen. Moral) dan selepas rehat 3 waktu (KHB-PK).Hari ini ingat nak print 2 keping gambar tapi komputer UBK ada masalah tak boleh kesan hard disk maka terpaksa tangguh hari esok.Kebetulan hari ada sedikit free bolehlah cuci akurium ikan puyu.Hari ni harga emas nampaknya ada turun dan ada mana-mana pembaca yang berminat bolehlah mula membeli.
29 Jun 2010
Penggal Ke-2 bermula
21 Jun 2010 bermula untuk penggal ke-2 dan dah mula sibuk nak key in markah baik TOV dan markah pertengahan tahun tapi apa-apa pun akan dilaksanakan dengan baik.Pada 26 ada ikut seminar pelaburan emas dan menarik sangat jika kita benar-benar faham bagaimana selama ini kita dirompak dalam tak sedar.
10 Mac 2010
Selamat Datang 2010
4 Jan 2010 memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010.Banyak tugas diserahkan ada tugasan yang baru dan terkecuali yang lama.Macam mana pun akan buat yang terbaik pada tahun ni.Kalau boleh nak nampak ada peningkatan.
Langgan:
Catatan (Atom)