25 Mac 2012
Anjakan Paradigma Pemikiran Ibu Bapa
Mesyuarat Agung PIBG 2012 pada 23 Mac 2012 merupakan mesyuarat agung yang tidak boleh dilupakan sepanjang berkhidmat sebagai guru selama lebih kurang 22 tahun. Sebelum ini pernah berkhidmat di sekolah yang tiada PIBG sebaliknya Lembaga Pengelola Sekolah. Kalau ada Lembaga Pengelola Sekolah maksudnya sekolah tu mempunyai lebih kurang 60% pelajar berbangsa Cina manakala yang selebihnya Bumiputra,India dan lain-lain. Lembaga Pengelola Sekolah yang biasanya membuat sesuatu keputusan berkenaan apa-apa sumbangan yang hendak dikutip. Manakala ibubapa tidak menunjukkan reaksi membantah kerana mereka tahu bahawa sumbangan yang mereka buat demi kecemerlangan dan keselesaan anak-anak mereka di sekolah tersebut. Sebaliknya di sekolah yang ada PIBG ibubapa yang menentukan segala sumbangan yang perlu dikutip dan banyaknya. Sekolah SMK Ampang Pecah dianggarkan 60% pelajarnya Bumiputra manakala selebihnya berbangsa Cina,India dan lain-lain. Beza yang ketara apabila ada usul untuk meminta sedikit sumbangan dalam RM50.00 setahun demi kecemerlangan dan keselesaan anak-anak mereka berlaku bantahan yang ketara sehingga ada yang mengandaikan jika PIBG terlalu banyak duit maka akan disalahgunakan dengan memberikan AJK PIBG imbuhan elaun jika menghadiri mesyuarat. Jikalau ibubapa berpendapat RM50.00 setahun seperti RM50,000.00 maka mereka ini akan menjadi penepuk tangan menyaksikan anak-anak orang lain menerima anugerah kecemerlangan. Pelajar-pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan biasanya ibubapa mereka tidak berkira dari segi wang ringgit. Umpamanya pelajar Izzul Hazmi - 5C, difahamkan ibubapanya menghantar pelajar ini ke merata tempat untuk mendapatkan kelas tambahan yang terbaik untuk anak mereka. Jadi sebagai ibubapa fikir-fikirkanlah kita tidak mampu menjadikan anak-anak kita cemerlang kalau kita takut untuk keluarkan sedikit sumbangan demi kecemerlangan anak-anak. Kita sanggup berbelanja RM100.00 untuk Astro sebulan, Rm50.00 untuk topup sebulan dan RM30.00 untuk rokok seminggu tetapi demi anak-anak Rm50.00 setahun kita tidak sanggup.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan