25 Mac 2012

Perkhidmatan PA Sistem di Desa Rening


                   Hari 17 Mac 2012 ada 'function' untuk pengurusan PA Sistem merangkap DJ di rumah Ustaz Raduan di Desa Rening. Bawa pembantu yang baru, Amirul PA untuk kerja setting mixer supaya dapat menghasilkan bunyi yang mantap. Alhamdulillah semua kerja-kerja yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan baik berdasarkan pengalamannya yang pernah terlibat ketika majlis perkahwinan adik Haliza Misbun baru-baru ini di Kuala Lumpur. Majlis bermula jam 11.00 pagi dan telah selesai pada jam 4.00 petang. Amirul PA agak frust sedikit kerana tidak dapat tonjolkan bakat nyanyiannya kerana tidak boleh berkaraoke. Tapi tidak mengapa, mungkin majlis yang lain boleh berpeluang. Jika ada mana-mana pihak yang berminat hendakkan perkhidmatan PA Sistem jangan malu-malu helo-helo pada saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan